Jangan Perkecil Kemampuan Ciptaan Anak Bangsa Sendiri.
Setelah puas mencarinya semula di internet, ternyata pihak Utusan masih menyimpan artikel ini di dalam pustaka arkib mereka. Entah kenapa, nostalgia sekali dirasakan, kerana ia adalah artikel pertama yang aku hantarkan ke media ketika selepas zaman persekolahan dulu.
Di SangPelangi, aku persembahkan kembali artikel itu di sini. Sayangnya, tak berkesempatan untukku rakamkan komentar dari penulis lain yang membalas artikel ini, tapi keratan itu masihku simpan di Malaysia (bila berpeluang, akan dikemaskini entri ini).
Pada asalnya, artikel ini adalah sepanjang lima helaian A4 yang dicetak depan dan belakang. Tapi, bila disukat dari apa yang terpampang di akhbar, ianya cuma berskala satu helaian A4 sahaja, iaitu bersaiz separuh halaman penuh dalam ruangan forum di Utusan Malaysia. Jadi, aku tidak menyalahkan editor dalam hal ini. Kerana, mungkin kalau disiarkan artikel asal secara penuh, pasti akhbar itu sudah tiada ruangan lagi untuk memaparkan berita yang lainnya. ![]()
*********
Tajuk: Jangan Perkecil Kemampuan Ciptaan Anak Bangsa Sendiri.
MALAYSIA tidak ketinggalan mengorak strategi untuk melahirkan saintis dan jurutera yang mampu bersaing di peringkat dunia. Antaranya mengadakan pertandingan dan pameran inovasi ciptaan.
Sejauh manakah hala tuju ciptaan anak Malaysia ini dapat diketengahkan?
Sejauh mana pula ia dapat diaplikasikan dalam aktiviti harian kita?
Soalan ini bermain di kepala saya setiap kali berkunjung ke pameran inovasi dan teknologi yang disertai oleh pelajar dan orang awam. Saya adalah bekas pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tahun 2002/03.
Di MRSM, pelajar tingkatan tiga dan lima perlu menyiapkan satu tesis sebagai syarat wajib untuk lulus dalam sistem Purata Nilaian Gred (PNG). Ia bertujuan menggalakkan pelajar menterjemahkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (P&P) ke atas helaian laporan kajian. Dua kategori diperkenalkan ketika itu iaitu kategori reka cipta dan kategori kajian teks. Klik untuk teruskan bacaan









.